Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, August 19, 2014

Kerana Cinta 32

Tisyah pandang Puan Tiara. Puan Tiara pandang Encik Iqram. Encik Iqram pandang Irfan. Irfan pandang Fiya. Kemudian semua mata pandang kea rah Irfan. Fiya bangun.

            “Saya tak boleh kahwin dengan awak,” ujar Fiya.

            “Kenapa tidak?” Irfan angkat kening.

            Fiya mengeluh, “saya tak layak untuk awak. Awak sendiri tahu kan apa yang pernah terjadi dekat saya.”

            “Ya, Fiya. Saya tahu apa yang pernah terjadi dekat awak. Tapi awak tak minta kan semua tu berlaku jadi itu bukan salah awak,” ujar Irfan.

            “Tapi…”

            “Saya dah janji dengan awak saya akan sentiasa ada dengan awak. Benda ni dah sampai tahap ni, Fiya. Saya tak boleh biarkan awak hadapinya seorang diri,” potong Irfan.

            Fiya diam. Dia duduk kembali. Irfan pandang Encik Iqram.

            “Ayah, semua benda ni berlaku sebab Irfan. Irfan yang tertidur dekat sofa dia. Irfan yang bertegas nak tolong dia pindahkan barang. Jadi Irfan kena bertanggungjawab,” ujar Irfan.

            “Irfan dah fikir perkara ni masak-masak?” soal Encik Iqram.

            Irfan angguk.

            “Irfan takkan menyesal dengan keputusan Irfan?” soal Encik Iqram lagi.

            Irfan gelengkan kepala.

            “Kalau itu keputusan Irfan, ayah izinkan,” ujar Encik Iqram.

            Irfan pandang Puan Tiara pula, “mak cik?”

            “Kalau ayah dah setuju, siapalah mak cik untuk menghalang,” ujar Puan Tiara.

            “Terima kasih ayah, mak cik,” ujar Irfan.

            Irfan pandang Fiya. Fiya pandang Irfan. Fiya rasa agak terharu dengan tindakan Irfan. Dalam masa yang sama, Fiya rasa bersalah sangat sebab Irfan terpaksa menghadapi keadaan ini disebabkan dia.


* * *

            “Hani, janji dengan aku sesuatu,” AG berhentikan kereta di hadapan rumah Hani.

            Hani buka seatbelt, “apa dia?”

            “Jangan lari dari aku lagi,” ujar AG.

            “Aku boleh janji tu kalau kau janji dengan aku sesuatu,” ujar Hani.

            “Apa dia?” AG angkat kening.

            “Walau seteruk mana pun situasi tu, kau janji kau mesti percayakan aku dan dengar penerangan aku dulu. Tak kira lah apa pun situasi tu. Malah, kalau lebih teruk dari situasi ni pun, kau mesti percayakan aku dan tanya aku,” ujar Hani panjang lebar.

            AG angkat ibu jari tanda setuju, “aku janji, Hani.”

            “Jangan cakap kosong je, AG. Aku takkan teragak-agak untuk tinggalkan kau untuk selama-lamanya kalau kau tak percayakan aku lagi,” ugut Hani.

            “Ya, sayang, Aku janji. Aku akan pegang pada janji aku dan aku akan terima akibatnya kalau aku tak langgar janji tu,” janji AG.

            Hani senyum. AG turut tersenyum. Ya, dia janji dia akan sentiasa percayakan Hani walau apapun situasi yang akan berlaku nanti. Sebab dia tak mampu untuk kehilangan Hani buat kali kedua.

* * *
           
            Natalia pandang Farzad yang sedang memandu kereta. Dia rasa terhutang budi sangat dekat Farzad. Farzad, lelaki yang sanggup menerimanya walaupun tahu kisah silam Natalia. Farzad, lelaki yang tanpa lelah cuba membuat Natalia jatuh cinta dengannya. Farzad, lelaki yang membuatkan dia rasa dia juga berhak bahagia.

            “Kenapa kau pandang macamtu?” soal Farzad.

            Natalia senyum, “Kau baik sangat dengan aku, Zad. Aku tak tahu apa akan jadi dengan aku kalau kau tak ada.”

            Farzad pandang Natalia sekilas, “itulah gunanya kawan. Lagi-lagi aku cintakan kau, takkan aku tergamak nak tengok kau sedih.”
           
            “Kau betul cintakan aku, Farzad?” soal Natalia.

            Farzad angguk, “betul, aku cintakan kau.”

            “Walaupun kau tahu siapa aku dan apa yang aku buat untuk berjaya?” soal Natalia lagi.

            “Kan aku kata, itu semua kisah silam kau,” jawab Farzad.

            “Kau yakin kau boleh terima aku dengan kisah silam aku?” Natalia meminta kepastian.

            “Aku yakin sangat,” jawab Farzad.

            Natalia diam. Farzad pun diam. Keadaan sepi untuk beberapa minit.

            “Aku rasa aku dah mula jatuh cinta dengan kau,” ujar Natalia tiba-tiba.

            Farzad terkejut. Dia pandang Natalia sekali imbas.

            “Huh?” Farzad minta Natalia ulang.

            “Farzad, aku dah jatuh cinta dengan kau,” ulang Natalia.

            “Terima kasih Ya Allah, akhirnya hari yang aku tunggu-tunggu tiba juga,” ujar Farzad.

            Natalia senyum, “terima kasih Farzad sebab buat aku jatuh cinta dengan kau.”

            “Jom aku bawa kau makan tempat istimewa untuk hari yang istimewa ni,”  ajak Farzad.

            Natalia angguk. Memang hati dia dah mula terpaut dengan Farzad walaupun dia masih belum lupakan Zizan seratus peratus. Tapi Natalia yakin dia akan dapat lupakan Zizan sepenuhnya dengan kehadiran Farzad.

* * *

            “Saya rasa ini semua tak adil untuk Lili,” ujar Fiya.

            “Huh?” Irfan angkat kening.

            “Awak dan saya tak patut kahwin. Lili yang sepatutnya kahwin dengan awak,” terang Fiya.

            “Fiya, keputusan aku muktamad. Aku akan kahwin dengan kau nokhtah,” marah Irfan.

            “Tapi saya tak layak untuk awak. Dan Lili…”

            Irfan bangun, “kan aku kata keputusan aku muktamad. Boleh tak jangan membantah lagi?”

            Irfan melangkah keluar dari rumah. Fiya pandang kakinya. Dia tahu Irfan marah sebab dia membantah perkahwinan itu. Tapi Fiya tak nak Irfan menyesal di kemudian hari. Fiya tak nak Irfan rasa terbeban pada masa akan datang. Tapi Fiya juga cintakan Irfan. Fiya cintakan Irfan sepenuh hatinya walaupun dia sedar siapa dirinya jika mahu dibandingkan dengan Lili.

            Fiya bangun. Dia melangkah ke arah Irfan yang sedang duduk di kerusi di luar rumah. Fiya duduk di sebelah Irfan.

            “Irfan,” panggil Fiya.

            Irfan diam, tidak menjawab panggilan Fiya.

            “Saya minta maaf sebab selalu susahkan awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya cuma tak nak awak menyesal sebab pilih saya,” ujar Fiya.

            “Aku takkan menyesal pilih kau,” ujar Irfan.

            “Saya akan ikut apa sahaja keputusan yang awak buat,” ujar Fiya.

            Irfan pandang Fiya. Fiya lemparkan senyuman kepada Irfan. Biarlah orang kata dia pentingkan diri sendiri ke apa ke. Kali ini, dia akan ikut kata hatinya. Dia akan kahwin dengan Irfan sebab dia cintakan Irfan walaupun dia tahu Irfan tidak mencintainya.

* * *

            “Minggu ni je dah tiga kali saya tengok wayang. Thanks to you, Wardina, orang jual tiket tu dah kenal saya,” ujar Zizan sambil mengibas bajunya.

            Wardina gelak. “Yeay awak dah dapat kawan baru! All thanks to me.

            Zizan tersenyum, “saya kena buka panggung wayang sendiri ni.”

            Wardina angkat kening, “kenapa pula?”

            “Senang sedikit awak nak tengok wayang nanti. Awak tak teringin ke?” soal Zizan.

            “Teringin apa?” soalan dibalas soalan.

            “Nak kahwin dengan orang yang ada panggung wayang sendiri. Senang sedikit awak nak tengok wayang dengan bakal anak-anak kita,” usik Zizan.

            Wardina gelak. “Bakal anak kita?”

            “Kenapa? Tak sudi ke?” Zizan angkat kening.


            Wardina tidak menjawab soalan Zizan itu. Dia hanya gelak sahaja. Dia tahu Zizan sukakan dia. Dia bukanlah wanita yang naïf sangat. Dah lama dia sedar Zizan menyimpan perasaan terhadap dia tapi Wardina buat tidak tahu sahaja. Selagi Zizan sendiri tidak confess secara terang-terangan, selagi itulah Wardina akan buat tidak tahu sahaja.

No comments:

Post a Comment