Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, August 25, 2014

Kerana Cinta 33


            Majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Kini, Fiya sah bergelar isteri kepada Irfan. Fiya rasa sebak sangat saat Irfan kucup dahinya. Fiya rasa bersyukur sebab Irfan sanggup menerima dia sebagai isteri. Fiya rasa bersalah sebab putuskan hubungan Irfan dan Lili. Fiya rasa bahagia sebab dia berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Semua perasaan itu ada pada Fiya sekarang.

            “Kak Fiya.”

            Fiya pusing pandang suara itu. Tisyah sedang lemparkan senyuman kepada Fiya. Tisyah melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia duduk di atas tilam di sebelah Fiya. Tangan Fiya digenggam.

            “Biarlah apa orang lain nak kata dekat akak, Tisyah akan sentiasa sokong akak. Tisyah percaya akak mampu buat abang bahagia. Tisyah tahu akak cintakan abang,” ujar Tisyah.

            Air mata Fiya bergenang.

            “Janganlah nangis kak. Nanti rosak make-up. Majlis nak mula dah,” ujar Tisyah.

            “Tisyah, terima kasih sebab baik dengan akak. Akak janji dengan Tisyah, akak akan buat abang bahagia. Akak akan buat apa sahaja yang abang minta,” janji Fiya.

            Tisyah peluk Fiya, “akak jangan risau. Tisyah sentiasa sokong akak.”

            Fiya angguk. Tisyah leraikan pelukan.

            “Tisyah keluar dulu,” Tisyah meminta diri.

            Fiya angguk. Tisyah melangkah keluar bilik itu. Fiya pandang inai di jarinya. Ya, dia akan buat Irfan bahagia. Dia akan buat apa sahaja yang Irfan pinta asalkan itu mampu membuatkan Irfan bahagia. Dia akan korbankan apa sahaja demi Irfan, lelaki yang bergelar suaminya.

* * *

            “Apa ni? Aku yang bertunang dulu, kau pula yang kahwin dulu,” AG tepuk bahu Irfan.

            “Siapa suruh kau buat hal dengan Hani?” tempelak Zizan.

            AG pukul bahu Zizan, “diamlah kau.”

            Irfan gelak. “Dahlah tu. Dah, jodoh aku dengan  Fiya dulu. Kau tak payah nak cemburu.”

            “Sekarang, bayar kat aku. Kau langkah bendul,” AG tadah tangan.

            “Hek eleh, poyo!” ejek Irfan.

            Mereka bertiga tergelak.

            “Kau tak jemput Lili ke?” soal AG.

            Irfan pandang AG. “Kalau aku ajak dia pun, dia takkan nak datang.”

            “Kau tak bincang dengan dia ke?” soal Zizan.

            Irfan gelengkan kepala, “dia tak nak jumpa aku dah, Zan. Dia tak nak maafkan aku.”

            “Kau langsung tak pujuk dia?” AG angkat kening.

            “Salah aku terlalu besar untuk dimaafkan. Aku tak nak dia sakit lagi. Biarlah dia cari orang lain lebih baik dari aku. Biarlah dia cari cinta yang tak membuatkan dia sakit lagi,” ujar Irfan perlahan.

            Zizan tepuk bahu Irfan. “Dah lah Fan. Benda pun dah jadi. Kau lupakan je lah semua yang terjadi dan focus kepada hidup kau yang baru.”

            Irfan angguk, “korang doakanlah kebahagiaan aku dengan Fiya.”

            “Kau doakan juga aku dengan Hani cepat sedikit kahwin,” AG sengih.


            Irfan, Zizan  dan AG gelak. Sama-sama mereka akan mencari kebahagiaan dengan hidup baru mereka ini. Irfan sebagai suami orang. AG sebagai tunangan orang. Dan Zizan sebagai lelaki bujang yang sudah jatuh cinta.

No comments:

Post a Comment